Sunday, October 22, 2006

CHAPTER 100: Our Community's Perception on solat Tarawih

"Men of genius are meteors intended to burn to light their century."
- Napoleon Bonaparte


Well,……. time had gone by quick, like a flash.
Pejam mata, dah chapter ke-100 dalam bende blog ni!

So, untuk post ‘istimewa’ bagi chapter 100 nih, nak tulis pasal benda berkaitan dengan bulan puasa Ramadhan yang sedang kita semua orang Islam menjalani sekarang.

*****

Jikalau kita perhatikan, lazimnya, suasana semasa bulan puasa di Malaysia ni merupakan suasana yang meriah. Apa yang dimaksudkan dengan meriah di sini ialah, orang Malaysia,…..orang Melayulah, disebabkan majority yang beragama Islam di negara ini terdiri daripada kaum Melayu, macam layan bulan puasa ni, selain daripada beribadat, juga untuk tujuan bersuka ria dengan orang ramai. Apa yang hendak dimaksudkan oleh penulis ialah, sepanjang masa hidupnya menetap di tanah Malaysia ini, itulah tanggapan penulis tentang konsep yang dipegangi oleh orang Melayu mengenai bulan puasa.
To get to the point straight away, apa yang ingin disampaikan oleh penulis ialah orang Melayu tak fokus pada malam ibadah solat tarawih, tapi fokus untuk perkara-perkara bersuka-ria di bulan Syawal.
Kalau nak ‘bukti’ tentang perkara ini, kita boleh lihat kat masjid-masjid. Malam-malam terakhir bulan Ramadhan, di mana menghilangnya kebanyakkan jemaah? Apabila masa menunaikan solat Tarawih?

Sebelum penulis menghujahkan idea-ideanya mengenai faktor-faktor kenapa orang Melayu tak menghayati solat Tarawih dengan sepenuhnya, ingin dimulakan dahulu dengan bagaimana suasana pada bulan Ramadhan di negara Malaysia ini.
Memang orang pergi menunaikan ibadah tarawih tiap-tiap malam, tapi apa yang dapat diperhatikan ialah cuma segelintir saja yang datang ke masjid. Apa yang diperhatikan lagi ialah biasanya, kalau ada majlis buka puasa (especially kalau VIP yang buat macam open house, atau macam function special kat hotel-hotel ‘kaya’), ramai yang datang. Kalau Tarawih, ramai tak nampak orang. Pas tu pulak, suasana kat Malaysia nih, pihak media dan multimedia, tv memang sakan buat program-program untuk hiburan raya. Yelah, dengan dramanya, filemnya, nyanyi-menyanyinya, dan juga iklan-iklan. Semua benda-benda nih, mem’promote’ the festive mood. Terutamanya iklan-iklan.
Dan of course, time raya ni jugak orang-orang kita sibuk nak menyiapkan diri untuk bulan Syawal, especially hari pertama Lebaran. Dengan beli baju baru….perabot baru…. design-design baru…. dekorasi-dekorasi baru….dan ada yang sibuk nak balik kampong, belit tiketlah, atau yang ada kereta sibuk nak kena hnatar pergi servislah…..macam-macam kerja hanya pasal nak menyambut Raya dan Syawal.
Polis pulak sibuk on duty di jalan-jalan raya.

OK, cukup pasal the environment.
Apa pasal orang-orang Islam kat negara kita nih tak ramai sembahyang tarawih? Yang pergi pun, majority buat lapan rakaat, lepas tu balik. (this is another issue however)
Pertama, mungkin orang-orang kita tidak mempunyai cukup ilmu atau maklumat tentang betepa besarnya atau betapa pentingnya fadhilat menunaikan solat Tarawih. Dia orang pikir, ni solat sunat, so kalau miss (tak buat) takpe, tak berdose. It’s allright.
Wrong.
Berkait dengan faktor pertama ni juga, mungkin mereka tahu tentang keistimewaan pahala sembahyang Tarawih, tapi tak tergerak nak melakukan, sebab yelah, ilmu yang ada, dipelajari kemungkinan tak difahami dan ditelaah dengan sepenuh-penuhnya, jadi tak buat. Perkara ini, penulis berandaikan bahawa gambaran tentang fadhilat sembahyang tarawih tidak jelas sangat di mata orang ramai.
Kedua, budaya dan suasana kat Malaysia tidak menjanakan suasana yang dapat merangsangkan dengan kuatkan untuk menggerakan orang ramai pergi masjid, sembahyang tarawih. Seperti yang telah ditulis di atas, suasana kat negara kita masa bulan puasa tak berkonsepkan untuk membina atau menghayati akan amalan rohani dan ibadah terhadap Tuhan dengan sempurnanya.
Ketiga, tak cukup usaha daripada orang-orang tertentu ataupun daripada orang ramai untuk memupuk semangat membangunkan amal ibadah di bulan puasa setiap hari dan setiap malam. Dalam hal ni, tengok TV cukup. Biasanya ahli ugama yang banyak buat nasihat, tapi time slot kat TV berapa lama? Pada pukul berapa?
Padahal iklan raya asyik keluar setiap kali timeslot iklan keluar………
Lagilah, ada pernah nampak tak kat TV, orang awam cakap pasal pentingnya untuk beribadah dengan sebanyak mungkin dan sempurnanya? Artis-artis ada cakap tak benda nih? Biasanya, orang-orang cakap pasal memberi salam Aidilfitri, itu yang lazim kita dengar.
Dan terakhir mengenai perkara ini, mungkin,…..orang kita tidak dapat mencari masa untuk ibadah ini…..orang-orang yang banyak kerja, banyak tanggungjawab…….tapi………

Isu penting yang juga ingin disampaikan oleh penulis adalah, ibadah sembahyang Tarawih memberi banyak keistimewaan dan pahala, dan ibadah ini cuma berlaku pada bulan puasa sahaja. Tapi orang-orang kita nampaknya tak mengambil peluang yang ada dengan sebaiknya (mahupun orang muda atau orang tua). Terutama sekali sebab bulan puasa ada malam paling ‘special’, Lailatul Qadr.

Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi faktor-faktor negatif yang ditulis di atas? Penulis berpendapat, ada dua cara. Pertama, melalui menjanakan lebih ‘awareness among the ummah’, dan kedua, melalui pendidikan.
Untuk cara pertama, insentifnya sepatut dilakukan dengan lebih daripada pihak-pihak yang berkuasa. I’m putting the government on the spot here. Apa yang ‘Islam Hadhari’ telah membina kat negara Malaysia ni sekarang?.......
Dan of course, orang ramai, masyarakat, yang beriman, kenalah ingatkan orang lain.
Yang cara keduanya, what better way than to start educating the young? Kalau minda yang masih membesar dapat mentelaah akan subjek yang dipaparkan di sini, maka mereka tahu akan tanggungjawab mereka terhadap ibadah Tarawih.

Jadi, begitulah pandangan si penulis ni.
Walaupun kita mungkin banyak perkara yang perlu dilakukan setiap masa (dalam kehidupan yang sibuk), dan pada bulan puasa tidak terlepas daripada kita semua masih menjalankan apa jua kerja, yang pentingnya, solat Tarawih adalah antara ibadat solat sunat yang paling mustajab Tuhan telah bagi manusia.
Correct me if I’m wrong, tapi pahala solat-solat Tarawih lagi banyak, lagi afdal daripada solat sunat Aidifitri.
Tapi senarionya, masjid biasanya penuh pada pagi 1 Syawal. Malam-malam Ramadhan, tak berapa….
At the end of the day, it’s still up to us. But as long as we still live, we still got a chance to change.

No comments: